Perjumpaan 29 Februari 2012
Akhlak merujuk kepada siapa diri kita. Adakah kita mengenali siapa di sekeliling kita?
Mulakan dengan mengenali Allah. Hadirkan Allah dalam diri kita. Ingatlah, semuanya milik Allah. Buang sikap ke'aku'an. Sedangkan kita ni sendiri milik Allah. Sedarlah, tanpa zatnya, bercakap pun kita tak boleh. Badan cuma sarung. Yang penting ialah roh. Allah mencipta roh bagi menyimpan rahsia keagungan kita. Kita memiliki zat-zat Allah. Sekuat dan sebesar gunung pun tidak mampu menanggung rahsia Allah. Kita tidak memiliki apa-apa melainkan roh kita untuk dijaga.
Ingatlah, kita ini cuma pinjaman. Allah Maha Besar untuk menarik kembali nikmat-Nya.
Allah begitu menjaga roh kita namun kita sentiasa lupa. Kalau kita sentiasa leka, bagaimana kita mampu menghadirkan Allah dalam diri kita. Khusyuknya solat bergantung kepada perbuatan kita sepanjang hari. Ingatlah Allah setiap masa. Buat perkara yang mendatangkan keredaan Allah. Solat yang tidak berkualiti ibarat sampah, kosong.
Wahai wanita, agama Islam melayan kita bagaikan permaisuri. Jangan mempersoalkan kenapa itu, kenapa ini dalam hukum agama. Allah meletakkan wanita pada paras darjat yang sangat tinggi dalam agama-Nya. Jagalah diri kita. Kita masih muda remaja, namun mati tidak mengukur umur kita. Sentiasa menjaga diri kita daripada perkara-perkara laghah.
Tujuan wanita solehah memkai warna hitam, kelabu dan seumpamanya, agar ia tidak menarik perhatian lelaki. Berdosa kita sekiranya menarik perhatian mereka. Jagalah diri kita. Oleh itu, janganlah cuba menghampiri zina dengan memakai pakaian yang kontra warnanya yang mampu menarik perhatian lelaki.

"The most beautiful characteristic is shyness."
- Aa’isha (radhiAllahu ‘anha)
Perjumpaan 9 Januari 2013
Sudah tiba kita di tahun baru. Apa pula azam kita tahun ni? Adakah sama seperti tahun lepas sebab tahun lepas tak tercapai azam itu? Atau, adakah sudah bertukar dengan azam yang baru? Walau apapun azam kita untuk tahun ini atau tahun lepas, cuba check balik apa yang kita buat tahun lepas. Banyak baik ke banyak buruk? Banyak berzikir ke banyak mengumpat?
Untuk tahun ini, setkan balik target kita. Bukan sekadar target untuk mendapat 8A dalam PMR atau 10A dalam SPM, tetapi target untuk MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH. Since tahun 2013 baru bermula, cuba buat carta umur. Untuk setiap tahun yang kita dah lalui itu, kita tulis apa yang kita sudah capai. Bagi tahun yang akan datang, tulis pula target-target kita mengikut tahun yang kita ingin target itu akan tercapai mengikut jangkaan kita.
Bila kita dah setkan target kita, kita akan berjalan ke arah target kita walau apapun yang berlaku. Sebab itu yang kita paling nak. Namun, apa yang paling ialah penghujung carta kita itu, KEREDHAAN ALLAH. Cita-cita inilah yang lebih penting. Ilmu PMR itu tidak berapa penting. Di akhirat kelak, Allah takkan tanya berapa A yang kita dapat masa PMR/SPM. Orang yang dapat straight A pun belum tentu dia telah mencapai keredhaan Allah dengan straight A dia tu.
Oleh itu, untuk tahun ni, betulkan niat kita balik. Contohnya, aku nak menuntut ilmu dengan betul tahun ni. Keputusan PMR tu penentu sama ada sudah cukup baik atau belum usaha aku dalam menuntut ilmu Allah. Bukannya, aku nak dapat 8A tahun ini, supaya aku boleh pilih sekolah paling terbaik dekat Malaysia. Kalau sekolah terbaik, diri sendiri pun masih sama, apa fungsinya??
Sebelum tidur, check diri kita. Ingat balik apa yang kita dah buat untuk hari ni (Muhasabah diri). "Agak-agaknya, aku banyak mengumpat ke hari ni??"
Sekiranya masa remaja kita baik. in shaa Allah sehingga ke dewasa baiknya itu.